SELAMAT DATANG KE
PASTI PUTRAJAYA
Memperkenalkan pusat pendidikan prasekolah berteraskan Islam terbaik untuk melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia.
Sejarah Penubuhan PASTI Putrajaya
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan organisasi pendidikan awal kanak-kanak di peringkat pra-sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui sayap parti iaitu Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
PASTI merupakan suatu aktiviti yang dijalankan secara sah oleh PAS selaras dengan Fasal 6 (2) Perlembagaan PAS.
Perlembagaan PAS, Fasal 6 (2) Pindaan 2001: "Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan."
PASTI Kawasan Putrajaya secara pentadbirannya adalah satu organisasi yang ditubuhkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Putrajaya sejak tahun 2012 bagi memenuhi keperluan pendidikan pra-sekolah berteraskan pendidikan Islam khusus buat ahli-ahli PAS serta mula menarik minat masyarakat Putrajaya secara amnya.
PASTI Kawasan Putrajaya tidak beroperasi dengan konsep berorientasikan keuntungan perniagaan, sebaliknya PASTI sangat komited dalam kerja-kerja kebajikan yang memberi fokus utama di dalam melahirkan generasi Islam berteraskan panduan Al-Quran dan Sunnah serta penguasaan asas-asas pembelajaran peringkat pra-sekolah.
Setiap tahun, PASTI di Putrajaya terus bertambah dan berkembang di seluruh kawasan Putrajaya. Berikut adalah senarai PASTI mengikut tahun penubuhan:
Leret jadual ke kiri/kanan untuk lihat lagi
| Bil. | Nama PASTI | Tahun Ditubuhkan | Pihak Pengurusan |
|---|---|---|---|
| 1. | PASTI Anak Soleh | 2012 | DPPK Putrajaya |
| 2. | PASTI Putra Musleh | 2015 | DPPK Putrajaya |
| 3. | PASTI Putra Ikhwan | 2016 | DPPK Putrajaya |
| 4. | PASTI Putra Rabbani | 2017 | DPPK Putrajaya |
| 5. | PASTI Saujana Hijau | 2017 | PAS Cawangan Presint 9 |
| 6. | PASTI Putra Falah | 2018 | DPPK Putrajaya |
| 7. | PASTI Putra Amilin | 2019 | DPPK Putrajaya |
| 8. | PASTI Putra Najah | 2021 | DPPK Putrajaya |
| 9. | PASTI Putra Wildan | 2026 | DPPK Putrajaya |
#MembinaGenerasiRabbani
Hala Tuju Kami
Visi
Melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan pra-sekolah berteraskan Islam.
Misi
Melaksanakan program pendidikan yang cekap, berkualiti dan berkesan bagi menjadikan PASTI pilihan utama masyarakat Malaysia.
Pencapaian PASTI Putrajaya
Sejak 2015, anak-anak PASTI Putrajaya telah mengharumkan nama kawasan ini di peringkat Wilayah Persekutuan dan kebangsaan. Ini bukti kualiti pendidikan yang anak anda akan terima.
Senarai Pencapaian Mengikut Tahun
- Anugerah PASTI Kawasan Terbaik WP
- Anugerah 3K PASTI WP
- Anugerah Media Terbaik PASTI WP
- Anugerah Tokoh Murid PASTI WP
- Juara Alam Ria PASTI WP
- Johan Bola Jaring PASTI WP
- Anugerah PASTI Kawasan Ke-2 Terbaik WP
- Anugerah 3K PASTI WP
- Anugerah Media Terbaik PASTI WP
- Anugerah PASTI Kawasan Terbaik WP
- Anugerah 3K PASTI WP
- Juara Alam Ria PASTI WP
- Johan Bola Jaring PASTI WP
- Johan Bola Sepak PASTI WP
- Anugerah PASTI Kawasan Terbaik WP
- Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI WP
- Ke-3 Bola Jaring PASTI WP
- Kontinjen Bola Sepak PASTI WP
- N. Johan Acara Bola Jaring Sukan PASTI Wilayah Persekutuan
- Keempat Acara Bola Sepak Sukan PASTI Wilayah Persekutuan
- Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Wilayah Persekutuan
- Pertama Ujian Setara Pra-Tahfiz 5 Tahun PASTI Wilayah Persekutuan
- Ketiga Ujian Setara Pra-Tahfiz 6 Tahun PASTI Wilayah Persekutuan
- Keempat Ujian Setara Akademik 5 Tahun PASTI Wilayah Persekutuan
- Ketiga Ujian Setara Akademik 6 Tahun PASTI Wilayah Persekutuan
- Johan Acara Bola Jaring Sukan PASTI Wilayah Persekutuan
- Keempat Acara Bola Sepak Sukan PASTI Wilayah Persekutuan
- Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Wilayah Persekutuan
- Johan dan N. Johan Acara Bola Jaring Sukan PASTI Wilayah Persekutuan
- Ketiga dan Keempat Acara Bola Sepak Sukan PASTI Wilayah Persekutuan
- Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Wilayah Persekutuan
- Kedua Pelajar Terbaik Ujian Setara Akademik PASTI Wilayah Persekutuan
- Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Wilayah Persekutuan
- Anugerah Cemerlang PASTI WP
- Anugerah PASTI Berpotensi WP
Piagam Pelanggan PASTI Putrajaya
Komitmen kami kepada setiap ibu bapa dan anak yang menyertai PASTI Putrajaya.
Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 5M (membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal) selepas tamat pengajian di PASTI dengan sempurna.
Sentiasa mengemaskini proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan.
Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat.
Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.
Menawarkan perkhidmatan yang mesra dan sedia membantu pelanggan.
Logo PASTI
Falsafah Pendidikan PASTI
Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul daripada aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan. Berdasarkan potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa, sosio-emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cinta akan agama, bangsa dan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Lagu Rasmi PASTI
Al-Quran As-Sunnah pegangan kami
Islam cita-cita murni
Allah matlamat kami
Akhlak mulia idaman kami
Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh … diasuh
PASTI pasti berjaya
PASTI pastikan cemerlang … cemerlang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)
Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh … di asuh
PASTI pasti berjaya
Islam Islamkan gemilang … gemilang
Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (2X)
Bidang Pengajian
Unsur Tarbiyah
Penekanan 5 unsur Tarbiyah:
- Tarbiyah lmaniyyah (Aqidah)
- Tarbiyah Ruhiyyah (Ruh)
- Tarbiyah Khuluqiah (Akhlak)
- Tarbiyah Aqliah (lntelek)
- Tarbiyah Jasadiah (Jasmani)
Bidang Ilmu
Merangkumi 4 bidang ilmu:
- llmu Fardhu Ain
- llmu Fardhu Kifayah
- llmu Alat
- Sumber llmu
Komponen Mata Pelajaran
- Bahasa Melayu
- Bahasa lnggeris
- Bahasa Arab
- Jawi
- Matematik
- Sains Sosial & Pembangunan lnsan
- Al Quran
- Peribadi Muslim
- Pra Penulisan
Aktiviti Sepanjang Tahun
Di PASTI, anak anda bukan sekadar belajar di dalam kelas. Setiap tahun kami mengadakan pelbagai program yang membentuk sahsiah, keyakinan diri dan kecintaan kepada agama.
Klinik Alam Ria
Sesi persediaan intensif sebelum pertandingan Alam Ria. Anak-anak dilatih dan dibimbing supaya yakin tampil di hadapan khalayak.
Kejohanan Sukan BSBJ PASTI
Kejohanan sukan tahunan PASTI hingga ke peringkat kebangsaan (17-18 Julai). Membina jati diri, semangat berpasukan dan kecergasan anak.
Sambutan Hari Kemerdekaan
Aktiviti patriotik sepanjang bulan Ogos di semua cawangan bagi memupuk rasa cinta akan agama, bangsa dan negara sejak kecil.
Alam Ria PASTI
Pentas kemahiran dan bakat tunas Islam, bermula peringkat Putrajaya, ke Wilayah Persekutuan hingga kebangsaan. Saksikan anak anda bersinar di pentas!
- Khutbah
- Azan
- Nasyid
- Pidato
- Bercerita
- Hafazan
- Kalam Jami’e
Ujian Mumtaz PASTI
Penilaian pencapaian murid PASTI bermula di cawangan (14-20 Okt), peringkat Putrajaya (22 Okt) dan Wilayah Persekutuan (3 Nov). Ukur perkembangan anak anda secara tersusun.
Fun Run dan Sukaneka
Acara larian santai dan sukaneka penuh gelak tawa untuk anak-anak. Aktiviti riadah yang paling dinanti-nantikan!
Lawatan
Lawatan sambil belajar sepanjang November. Pembelajaran di luar kelas yang mengasah rasa ingin tahu dan membuka minda anak-anak.
MAP PASTI
Majlis kemuncak meraikan pencapaian anak-anak di peringkat Putrajaya (15 Nov), Wilayah Persekutuan (5 Dis) dan kebangsaan (12 Dis). Detik yang pasti menitiskan air mata bangga ibu ayah.
Takwim PASTI Kawasan Putrajaya Sesi 2026
Tarikh tertakluk kepada perubahan. Sila hubungi cawangan masing-masing untuk pengesahan.
Leret jadual ke kiri/kanan untuk lihat lagi
| Tarikh | Program | Peringkat |
|---|---|---|
| Julai 2026 | ||
| 20 Jun hingga 12 Julai | Klinik Alam Ria | PJY |
| 17-18 Julai (Jumaat & Sabtu) | Kejohanan Sukan BSBJ PASTI Msia | MSIA |
| 20 Julai hingga 28 Ogos | Sesi Fotografi 6 Tahun | PJY |
| Ogos 2026 | ||
| 3 Ogos (Isnin) | Permohonan Online PASTI Putrajaya 2026 PENTING | PJY |
| 15 Ogos (Sabtu) | Alam Ria PASTI Putrajaya | PJY |
| Sepanjang Ogos | Sambutan Hari Kemerdekaan | PJY |
| September 2026 | ||
| September (akan dimaklumkan) | Taklimat Pendaftaran Murid Baharu PENTING | PJY |
| 12 September (Sabtu) | Alam Ria PASTI WP | WP |
| Oktober 2026 | ||
| 9-10 Oktober (Jumaat & Sabtu) | Alam Ria PASTI Msia | MSIA |
| 14-20 Oktober | Ujian Mumtaz PASTI Cawangan | PJY |
| 22 Oktober (Khamis) | Ujian Mumtaz PASTI Putrajaya | PJY |
| 25 Oktober (Ahad) | Fun Run dan Sukaneka | PJY |
| November 2026 | ||
| 3 November (Selasa) | Ujian Mumtaz PASTI WP | WP |
| 15 November (Ahad) | MAP PASTI Putrajaya | PJY |
| 21 November (Sabtu) | Pendaftaran Penuh Murid Baharu PENTING | PJY |
| 29 November (Ahad) | Pendaftaran Penuh Murid Sedia Ada PENTING | PJY |
| Sepanjang November | Lawatan | PJY |
| Disember 2026 | ||
| 5 Disember (Sabtu) | MAP PASTI WP | WP |
| 12 Disember (Sabtu) | MAP PASTI Msia | MSIA |
9 Cawangan di Seluruh Putrajaya
Mana-mana presint anda menetap, pasti ada PASTI berdekatan. Klik butang lokasi untuk terus ke Google Maps, atau hubungi Pejabat PASTI untuk pertanyaan yuran, lawatan premis dan kekosongan tempat.
Di Bawah Pentadbiran & Pengurusan DPPK Putrajaya
Di Bawah Pentadbiran & Pengurusan PAS Cawangan Presint 9
Panduan Permohonan Kemasukan Murid Baharu Sesi 2027
Permohonan Kemasukan Murid Baharu PASTI Putrajaya Tahun 2027
Leret jadual ke kiri/kanan untuk lihat lagi
| Bil | Perkara | Tarikh | Bilangan Hari |
|---|---|---|---|
| 1. | Permohonan Murid Baharu 2027 Dibuka | 3 Ogos 2026 | 14 Hari |
| 2. | Permohonan Murid Baharu 2027 Ditutup | 16 Ogos 2026 *Sekiranya telah penuh |
|
| 3. | Keputusan Permohonan (Diterima / Tidak Diterima) | 15 Sept – 25 Sept 2026 | 9 Hari Bekerja |
| 4. | Permohonan Rayuan Dibuka | 28 Sept 2026 | 5 Hari |
| 5. | Permohonan Rayuan Ditutup | 2 Okt 2026 | |
| 6. | Taklimat Pendaftaran dan Bayaran Pendahuluan bagi Murid Baharu 2027 (bagi permohonan yang diterima sahaja) | 30 Sept, 2 Okt & 7 Okt | Sekiranya ada perubahan, akan dimaklumkan semula |
| 7. | Pendaftaran Penuh Murid Baharu PASTI Putrajaya 2027 | 21 Nov 2026 |
Permohonan Kemasukan Murid Sedia Ada PASTI Putrajaya Tahun 2027
Leret jadual ke kiri/kanan untuk lihat lagi
| Bil | Perkara | Tarikh | Bilangan Hari |
|---|---|---|---|
| 1. | Pendaftaran Murid Sedia Ada 2026 (Kemasukan 2027) Dibuka | 14 Sept 2026 | 17 Hari |
| 2. | Pendaftaran Murid Sedia Ada 2026 (Kemasukan 2027) Ditutup | 30 Sept 2026 | |
| 3. | Pendaftaran Penuh Murid Sedia Ada PASTI Putrajaya 2026 | 29 Nov 2026 | Sekiranya ada perubahan, akan dimaklumkan semula |
Senarai Kod PASTI Cawangan
Kod PASTI diperlukan pada Langkah 1 permohonan. Sila catat kod cawangan pilihan anda.
Leret jadual ke kiri/kanan untuk lihat lagi
| Bil. | Nama PASTI Cawangan | Alamat PASTI Cawangan | Kod PASTI |
|---|---|---|---|
| 1. | PASTI Anak Soleh | Jalan P8B/1, Presint 8 | F010101 |
| 2. | PASTI Putra Musleh | Jalan P8B/2, Presint 8 | F010105 |
| 3. | PASTI Putra Ikhwan | Jalan Pahang, Presint 15 | F010104 |
| 4. | PASTI Putra Rabbani | Jalan P8G/1, Presint 8 | F010106 |
| 5. | PASTI Putra Falah | Jalan Diplomatik, Presint 15 | F010103 |
| 6. | PASTI Putra Amilin * | Jalan P18H1/6, Presint 18 | F010102 |
| 7. | PASTI Putra Najah | Jalan Rajawali P9B1/2, Presint 9 | W130108 |
| 8. | PASTI Putra Wildan | Jalan P9G/7, Presint 9 | W130109 |
* PASTI Putra Amilin – permohonan untuk Lokaliti P18 sahaja.
Langkah-langkah Permohonan
Masukkan Kod PASTI
Rujuk Kod PASTI cawangan pilihan anda pada jadual di atas.
Isi Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga
Sila isi dengan lengkap Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga dan tekan butang SIMPAN.
Isi Maklumat Anak
Sila isi dengan lengkap Maklumat Anak (permohonan murid baharu) dan tekan butang SIMPAN.
Cetak & Hantar Slip Permohonan
Sila tekan butang CETAK untuk memuat turun dan mencetak Slip Permohonan. Simpan satu salinan sebagai rujukan anda dan hantarkan satu lagi salinan bercetak ke PASTI yang berkenaan (rujuk alamat pada jadual di atas).
Semak Status Permohonan
Setelah diterima pengesahan murid baharu PASTI, permohonan kemasukan akan diproses dalam tempoh 50 hari selepas tarikh permohonan dibuka. Ibu/bapa/penjaga boleh menyemak STATUS PERMOHONAN di Sistem e-PASTI. Sila hubungi Pejabat PASTI jika tuan/puan tidak mendapat sebarang keputusan selepas tempoh 50 hari.
Dah sedia dengan Kod PASTI pilihan anda? Sila tekan pautan di bawah dan kemudian pilih PERMOHONAN KEMASUKAN MURID:
TERUSKAN KE SISTEM e-PASTI