SELAMAT DATANG KE
PASTI PUTRAJAYA

Memperkenalkan pusat pendidikan prasekolah berteraskan Islam terbaik untuk melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia.

PERMOHONAN PASTI PUTRAJAYA 2027 Terbuka kepada kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun Dibuka 3 Ogos – Ditutup 16 Ogos 2026 TERUSKAN KE LAMAN PERMOHONAN
Permohonan dibuka dalam:
00Hari
00Jam
00Minit
00Saat

Sejarah Penubuhan PASTI Putrajaya

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan organisasi pendidikan awal kanak-kanak di peringkat pra-sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melalui sayap parti iaitu Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

PASTI merupakan suatu aktiviti yang dijalankan secara sah oleh PAS selaras dengan Fasal 6 (2) Perlembagaan PAS.

Perlembagaan PAS, Fasal 6 (2) Pindaan 2001: "Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan."

PASTI Kawasan Putrajaya secara pentadbirannya adalah satu organisasi yang ditubuhkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Putrajaya sejak tahun 2012 bagi memenuhi keperluan pendidikan pra-sekolah berteraskan pendidikan Islam khusus buat ahli-ahli PAS serta mula menarik minat masyarakat Putrajaya secara amnya.

PASTI Kawasan Putrajaya tidak beroperasi dengan konsep berorientasikan keuntungan perniagaan, sebaliknya PASTI sangat komited dalam kerja-kerja kebajikan yang memberi fokus utama di dalam melahirkan generasi Islam berteraskan panduan Al-Quran dan Sunnah serta penguasaan asas-asas pembelajaran peringkat pra-sekolah.

Setiap tahun, PASTI di Putrajaya terus bertambah dan berkembang di seluruh kawasan Putrajaya. Berikut adalah senarai PASTI mengikut tahun penubuhan:

Leret jadual ke kiri/kanan untuk lihat lagi

Bil. Nama PASTI Tahun Ditubuhkan Pihak Pengurusan
1.PASTI Anak Soleh2012DPPK Putrajaya
2.PASTI Putra Musleh2015DPPK Putrajaya
3.PASTI Putra Ikhwan2016DPPK Putrajaya
4.PASTI Putra Rabbani2017DPPK Putrajaya
5.PASTI Saujana Hijau2017PAS Cawangan Presint 9
6.PASTI Putra Falah2018DPPK Putrajaya
7.PASTI Putra Amilin2019DPPK Putrajaya
8.PASTI Putra Najah2021DPPK Putrajaya
9.PASTI Putra Wildan2026DPPK Putrajaya

#MembinaGenerasiRabbani

Hala Tuju Kami

Visi

Melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan pra-sekolah berteraskan Islam.

Misi

Melaksanakan program pendidikan yang cekap, berkualiti dan berkesan bagi menjadikan PASTI pilihan utama masyarakat Malaysia.

Pencapaian PASTI Putrajaya

Sejak 2015, anak-anak PASTI Putrajaya telah mengharumkan nama kawasan ini di peringkat Wilayah Persekutuan dan kebangsaan. Ini bukti kualiti pendidikan yang anak anda akan terima.

Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Wilayah Persekutuan
2016 hingga 2024
Johan Bola Jaring PASTI Wilayah Persekutuan
2017 • 2018 • 2023 • 2024
Anugerah PASTI Kawasan Terbaik Wilayah Persekutuan
2022 • 2023 • 2025
Anugerah 3K PASTI Wilayah Persekutuan
2023 • 2024 • 2025

Senarai Pencapaian Mengikut Tahun

  • Anugerah PASTI Kawasan Terbaik WP
  • Anugerah 3K PASTI WP
  • Anugerah Media Terbaik PASTI WP
  • Anugerah Tokoh Murid PASTI WP
  • Juara Alam Ria PASTI WP
  • Johan Bola Jaring PASTI WP
  • Anugerah PASTI Kawasan Ke-2 Terbaik WP
  • Anugerah 3K PASTI WP
  • Anugerah Media Terbaik PASTI WP
  • Anugerah PASTI Kawasan Terbaik WP
  • Anugerah 3K PASTI WP
  • Juara Alam Ria PASTI WP
  • Johan Bola Jaring PASTI WP
  • Johan Bola Sepak PASTI WP
  • Anugerah PASTI Kawasan Terbaik WP
  • Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI WP
  • Ke-3 Bola Jaring PASTI WP
  • Kontinjen Bola Sepak PASTI WP
  • N. Johan Acara Bola Jaring Sukan PASTI Wilayah Persekutuan
  • Keempat Acara Bola Sepak Sukan PASTI Wilayah Persekutuan
  • Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Wilayah Persekutuan
  • Pertama Ujian Setara Pra-Tahfiz 5 Tahun PASTI Wilayah Persekutuan
  • Ketiga Ujian Setara Pra-Tahfiz 6 Tahun PASTI Wilayah Persekutuan
  • Keempat Ujian Setara Akademik 5 Tahun PASTI Wilayah Persekutuan
  • Ketiga Ujian Setara Akademik 6 Tahun PASTI Wilayah Persekutuan
  • Johan Acara Bola Jaring Sukan PASTI Wilayah Persekutuan
  • Keempat Acara Bola Sepak Sukan PASTI Wilayah Persekutuan
  • Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Wilayah Persekutuan
  • Johan dan N. Johan Acara Bola Jaring Sukan PASTI Wilayah Persekutuan
  • Ketiga dan Keempat Acara Bola Sepak Sukan PASTI Wilayah Persekutuan
  • Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Wilayah Persekutuan
  • Kedua Pelajar Terbaik Ujian Setara Akademik PASTI Wilayah Persekutuan
  • Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Wilayah Persekutuan
  • Anugerah Cemerlang PASTI WP
  • Anugerah PASTI Berpotensi WP

Piagam Pelanggan PASTI Putrajaya

Komitmen kami kepada setiap ibu bapa dan anak yang menyertai PASTI Putrajaya.

Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 5M (membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal) selepas tamat pengajian di PASTI dengan sempurna.

Sentiasa mengemaskini proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan.

Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat.

Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.

Menawarkan perkhidmatan yang mesra dan sedia membantu pelanggan.

Logo PASTI

Logo PASTI

Falsafah Pendidikan PASTI

Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul daripada aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan. Berdasarkan potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa, sosio-emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cinta akan agama, bangsa dan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Falsafah Pendidikan PASTI 1 Falsafah Pendidikan PASTI 2

Lagu Rasmi PASTI

Al-Quran As-Sunnah pegangan kami
Islam cita-cita murni
Allah matlamat kami
Akhlak mulia idaman kami

Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh … diasuh
PASTI pasti berjaya
PASTI pastikan cemerlang … cemerlang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)

Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh … di asuh
PASTI pasti berjaya
Islam Islamkan gemilang … gemilang
Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (2X)

Bidang Pengajian

Unsur Tarbiyah

Penekanan 5 unsur Tarbiyah:

  • Tarbiyah lmaniyyah (Aqidah)
  • Tarbiyah Ruhiyyah (Ruh)
  • Tarbiyah Khuluqiah (Akhlak)
  • Tarbiyah Aqliah (lntelek)
  • Tarbiyah Jasadiah (Jasmani)

Bidang Ilmu

Merangkumi 4 bidang ilmu:

  • llmu Fardhu Ain
  • llmu Fardhu Kifayah
  • llmu Alat
  • Sumber llmu

Komponen Mata Pelajaran

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa lnggeris
  • Bahasa Arab
  • Jawi
  • Matematik
  • Sains Sosial & Pembangunan lnsan
  • Al Quran
  • Peribadi Muslim
  • Pra Penulisan

Aktiviti Sepanjang Tahun

Di PASTI, anak anda bukan sekadar belajar di dalam kelas. Setiap tahun kami mengadakan pelbagai program yang membentuk sahsiah, keyakinan diri dan kecintaan kepada agama.

Klinik Alam Ria

Klinik Alam Ria

Sesi persediaan intensif sebelum pertandingan Alam Ria. Anak-anak dilatih dan dibimbing supaya yakin tampil di hadapan khalayak.

Johan Bola Jaring PASTI Malaysia - Julang Trofi

Kejohanan Sukan BSBJ PASTI

Kejohanan sukan tahunan PASTI hingga ke peringkat kebangsaan (17-18 Julai). Membina jati diri, semangat berpasukan dan kecergasan anak.

Sambutan Hari Kemerdekaan

Sambutan Hari Kemerdekaan

Aktiviti patriotik sepanjang bulan Ogos di semua cawangan bagi memupuk rasa cinta akan agama, bangsa dan negara sejak kecil.

Alam Ria PASTI

Alam Ria PASTI

Pentas kemahiran dan bakat tunas Islam, bermula peringkat Putrajaya, ke Wilayah Persekutuan hingga kebangsaan. Saksikan anak anda bersinar di pentas!

  • Khutbah
  • Azan
  • Nasyid
  • Pidato
  • Bercerita
  • Hafazan
  • Kalam Jami’e
Ujian Mumtaz PASTI

Ujian Mumtaz PASTI

Penilaian pencapaian murid PASTI bermula di cawangan (14-20 Okt), peringkat Putrajaya (22 Okt) dan Wilayah Persekutuan (3 Nov). Ukur perkembangan anak anda secara tersusun.

Fun Run dan Sukaneka

Fun Run dan Sukaneka

Acara larian santai dan sukaneka penuh gelak tawa untuk anak-anak. Aktiviti riadah yang paling dinanti-nantikan!

Lawatan

Lawatan

Lawatan sambil belajar sepanjang November. Pembelajaran di luar kelas yang mengasah rasa ingin tahu dan membuka minda anak-anak.

MAP PASTI

MAP PASTI

Majlis kemuncak meraikan pencapaian anak-anak di peringkat Putrajaya (15 Nov), Wilayah Persekutuan (5 Dis) dan kebangsaan (12 Dis). Detik yang pasti menitiskan air mata bangga ibu ayah.

Takwim PASTI Kawasan Putrajaya Sesi 2026

Tarikh tertakluk kepada perubahan. Sila hubungi cawangan masing-masing untuk pengesahan.

MSIA Program PASTI Malaysia WP Program PASTI Negeri / WP PJY Program PASTI Putrajaya PENTING Tindakan ibu bapa

Leret jadual ke kiri/kanan untuk lihat lagi

Tarikh Program Peringkat
Julai 2026
20 Jun hingga 12 Julai Klinik Alam Ria PJY
17-18 Julai (Jumaat & Sabtu) Kejohanan Sukan BSBJ PASTI Msia MSIA
20 Julai hingga 28 Ogos Sesi Fotografi 6 Tahun PJY
Ogos 2026
3 Ogos (Isnin) Permohonan Online PASTI Putrajaya 2026 PENTING PJY
15 Ogos (Sabtu) Alam Ria PASTI Putrajaya PJY
Sepanjang Ogos Sambutan Hari Kemerdekaan PJY
September 2026
September (akan dimaklumkan) Taklimat Pendaftaran Murid Baharu PENTING PJY
12 September (Sabtu) Alam Ria PASTI WP WP
Oktober 2026
9-10 Oktober (Jumaat & Sabtu) Alam Ria PASTI Msia MSIA
14-20 Oktober Ujian Mumtaz PASTI Cawangan PJY
22 Oktober (Khamis) Ujian Mumtaz PASTI Putrajaya PJY
25 Oktober (Ahad) Fun Run dan Sukaneka PJY
November 2026
3 November (Selasa) Ujian Mumtaz PASTI WP WP
15 November (Ahad) MAP PASTI Putrajaya PJY
21 November (Sabtu) Pendaftaran Penuh Murid Baharu PENTING PJY
29 November (Ahad) Pendaftaran Penuh Murid Sedia Ada PENTING PJY
Sepanjang November Lawatan PJY
Disember 2026
5 Disember (Sabtu) MAP PASTI WP WP
12 Disember (Sabtu) MAP PASTI Msia MSIA

9 Cawangan di Seluruh Putrajaya

Mana-mana presint anda menetap, pasti ada PASTI berdekatan. Klik butang lokasi untuk terus ke Google Maps, atau hubungi Pejabat PASTI untuk pertanyaan yuran, lawatan premis dan kekosongan tempat.

Di Bawah Pentadbiran & Pengurusan DPPK Putrajaya

PASTI Anak Soleh - Gambar 1
PASTI Anak Soleh - Gambar 2

PASTI Anak Soleh

Jalan P8B/1, Presint 8, Putrajaya
PASTI Putra Musleh - Gambar 1
PASTI Putra Musleh - Gambar 2

PASTI Putra Musleh

Jalan P8B/2, Presint 8, Putrajaya
PASTI Putra Ikhwan - Gambar 1
PASTI Putra Ikhwan - Gambar 2

PASTI Putra Ikhwan

Jalan Pahang, Presint 15, Putrajaya
PASTI Putra Rabbani - Gambar 1
PASTI Putra Rabbani - Gambar 2

PASTI Putra Rabbani

Jalan P8G/1, Presint 8, Putrajaya
PASTI Putra Falah - Gambar 1
PASTI Putra Falah - Gambar 2

PASTI Putra Falah

Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya
PASTI Putra Amilin - Gambar 1
PASTI Putra Amilin - Gambar 2

PASTI Putra Amilin

Jalan P18H1/6, Presint 18, Putrajaya
PASTI Putra Najah - Gambar 1
PASTI Putra Najah - Gambar 2

PASTI Putra Najah

Jalan Rajawali P9B1/2, Presint 9, Putrajaya
PASTI Putra Wildan - Gambar 1
PASTI Putra Wildan - Gambar 2

PASTI Putra Wildan

Jalan P9G/7, Presint 9, Putrajaya

Di Bawah Pentadbiran & Pengurusan PAS Cawangan Presint 9

PASTI Saujana Hijau - Gambar 1
PASTI Saujana Hijau - Gambar 2

PASTI Saujana Hijau

Jalan P11F/13, Presint 11, Putrajaya
TERUSKAN KE LAMAN PERMOHONAN

Panduan Permohonan Kemasukan Murid Baharu Sesi 2027

Permohonan Kemasukan Murid Baharu PASTI Putrajaya Tahun 2027

Leret jadual ke kiri/kanan untuk lihat lagi

Bil Perkara Tarikh Bilangan Hari
1. Permohonan Murid Baharu 2027 Dibuka 3 Ogos 2026 14 Hari
2. Permohonan Murid Baharu 2027 Ditutup 16 Ogos 2026
*Sekiranya telah penuh
3. Keputusan Permohonan (Diterima / Tidak Diterima) 15 Sept – 25 Sept 2026 9 Hari Bekerja
4. Permohonan Rayuan Dibuka 28 Sept 2026 5 Hari
5. Permohonan Rayuan Ditutup 2 Okt 2026
6. Taklimat Pendaftaran dan Bayaran Pendahuluan bagi Murid Baharu 2027 (bagi permohonan yang diterima sahaja) 30 Sept, 2 Okt & 7 Okt Sekiranya ada perubahan, akan dimaklumkan semula
7. Pendaftaran Penuh Murid Baharu PASTI Putrajaya 2027 21 Nov 2026

Permohonan Kemasukan Murid Sedia Ada PASTI Putrajaya Tahun 2027

Leret jadual ke kiri/kanan untuk lihat lagi

Bil Perkara Tarikh Bilangan Hari
1. Pendaftaran Murid Sedia Ada 2026 (Kemasukan 2027) Dibuka 14 Sept 2026 17 Hari
2. Pendaftaran Murid Sedia Ada 2026 (Kemasukan 2027) Ditutup 30 Sept 2026
3. Pendaftaran Penuh Murid Sedia Ada PASTI Putrajaya 2026 29 Nov 2026 Sekiranya ada perubahan, akan dimaklumkan semula

Senarai Kod PASTI Cawangan

Kod PASTI diperlukan pada Langkah 1 permohonan. Sila catat kod cawangan pilihan anda.

Leret jadual ke kiri/kanan untuk lihat lagi

Bil. Nama PASTI Cawangan Alamat PASTI Cawangan Kod PASTI
1.PASTI Anak SolehJalan P8B/1, Presint 8F010101
2.PASTI Putra MuslehJalan P8B/2, Presint 8F010105
3.PASTI Putra IkhwanJalan Pahang, Presint 15F010104
4.PASTI Putra RabbaniJalan P8G/1, Presint 8F010106
5.PASTI Putra FalahJalan Diplomatik, Presint 15F010103
6.PASTI Putra Amilin *Jalan P18H1/6, Presint 18F010102
7.PASTI Putra NajahJalan Rajawali P9B1/2, Presint 9W130108
8.PASTI Putra WildanJalan P9G/7, Presint 9W130109

* PASTI Putra Amilin – permohonan untuk Lokaliti P18 sahaja.

Langkah-langkah Permohonan

1

Masukkan Kod PASTI

Rujuk Kod PASTI cawangan pilihan anda pada jadual di atas.

2

Isi Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga

Sila isi dengan lengkap Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga dan tekan butang SIMPAN.

3

Isi Maklumat Anak

Sila isi dengan lengkap Maklumat Anak (permohonan murid baharu) dan tekan butang SIMPAN.

4

Cetak & Hantar Slip Permohonan

Sila tekan butang CETAK untuk memuat turun dan mencetak Slip Permohonan. Simpan satu salinan sebagai rujukan anda dan hantarkan satu lagi salinan bercetak ke PASTI yang berkenaan (rujuk alamat pada jadual di atas).

5

Semak Status Permohonan

Setelah diterima pengesahan murid baharu PASTI, permohonan kemasukan akan diproses dalam tempoh 50 hari selepas tarikh permohonan dibuka. Ibu/bapa/penjaga boleh menyemak STATUS PERMOHONAN di Sistem e-PASTI. Sila hubungi Pejabat PASTI jika tuan/puan tidak mendapat sebarang keputusan selepas tempoh 50 hari.

Dah sedia dengan Kod PASTI pilihan anda? Sila tekan pautan di bawah dan kemudian pilih PERMOHONAN KEMASUKAN MURID:

TERUSKAN KE SISTEM e-PASTI